Bila dah excited bercerita pasal kisah basikal, kadang-kadang
diri ini mungkin tersebut term yang korang tak faham. Shifter? Apa benda tu? Well, post kali ni nak bagi tunjuk ajar
sikit tentang basic anatomy of a bicycle, so next time korang terbaca post
pasal bike tak la terpinga-pinga sangat. Sambil-sambil tu nak jugak bercerita
pasal bike preference aku hehe.
Gambar
yang aku pilih ni ada komponen yang mungkin takde pada basikal yang takde shifter, jadi pandai-pandai lah ye tapis
sendiri info kalau nak refer pada basikal korang.
Aku suka tengok jenis bike yang boleh tukar speed
especially mountain bike (MTB),sebab dia boleh adapt pada jenis terrain yang
kita nak lalu. Nak naik bukit dengan turun bukit setting shifternya berbeza
supaya kayuhan tak terasa berat (naik bukit) dan terlebih kayuhan (turun
bukit).Yang jenis tak reti setting shifter (sori tak berniat pun nak mengata)
biasa akan penat kayuh dan ultimately abandon basikal diorang,kononnya kata
naik basikal penat .
Dan yang bestnya dengan mountain bike ni kita boleh
berkasar sikit (banyak), boleh bawak atas tanah lumpur,pasir, padang rumput
yang tak sekata sebab tayar untuk MTB ni traction dia bagus grip pada surface
yang tak rata. Pernah la jugak bawak “kuda merah” tu naik bukit ke ladang TPU 1
tempat ayam tu (slope dia steep gila weh,tu yang ramai member prefer naik motor
time sem 4) dan dengan bangganya aku nak cakap, aku berjaya. Phew, achievement
unlocked! Tapi sekali je la aku buat, next time tu aku tolak je bike naik atas.
Penat.
![]() |
rim brake vs disc brake |
Lagi satu aku suka bike yang guna brake disc berbanding
brek getah biasa (rim brake) sebab stopping power dia bagus . Tapi bila nak ganti tayar/tiub jenis ni kena precise sikit
sebab tak nak damagekan brake. Brek getah tak kisah sangat sebab dia tak
mencalarkan mana-mana parts. Bila nak brek menggunakan brek getah,kita kena estimate
masa bila nak grip brake. Brek jenis ni dia lambat sikit act sebab dia stopkan
pergerakan tayar ikut rim. Bila getah dah panas kena brek setiap kali guna, lama-lama
brek pun ‘tak makan’ sangat, lagi-lagi bila musim hujan. Itu la lagi reason
kenapa kena estimate waktu brek dengan hati-hati.
Bila nak dibandingkan dengan disc brake,brek jenis ni
dia act cepat sebab dia guna hydraulic system, macam brek motor dengan kereta
tu. Jam tu brek jam tu jugak la basikal stop. So dengan jenis ni kita tak perlu
la brek sekuat hati sebab sikit je pressure diperlukan. Brek jenis ni amat
disyorkan bagi yang jenis suka bawak dalam environment berlecak sebab rim
senang kotor, so brek getah kurang efektif. Bukannya tak boleh guna brek getah
tapi use at your own risk la. Setakat ni aku redah lumpur ikut jalan tikus
antara padang basketball nak ke ladang TPU 2 dengan brek getah ok je, cuma kena
rajin cuci rim.
Bike preference seterusnya emm,aku
suka guna thumb shifter je, yang jenis tolak atas bawah kalau nak shift. Banyak
abandoned bike kat parking motor tu guna jenis ni, mungkin sebab model murah/lama
kot. Jenis yang modern sikit yang macam jenis trigger shifter, ada lever untuk
naik gear dan ada lever boleh tekan untuk turun gear. Ada lagi satu jenis
shifter ni aku tak berapa minat, jenis pulas (grip shifter). Sekali je aku guna
MTB jenis shifter ni terus tak nak pinjam lagi. Bagi aku pulas ni leceh sikit
sebab tangan ko mesti ada grip yang bagus. Jenis tangan sentiasa berminyak
lepas repair bike ni rasanya tak sesuai kot dengan shifter ni, takut tak boleh
grip. Dan grip shifter tu rasa ketat, tangan aku tak kuat.
Nak cakap pasal frame ke? Kalau frame preference aku
suka jenis yang aku senang langkah untuk mount/dismount. Kalau bahagian top tube tu
tinggi sangat nanti senang jatuh sebab kaki tak lepas haha. Suspension pada
frame aku suka pada fork depan je sebab tak selesa ada rear suspension. Ni
maksudnya preference aku lebih kepada frame jenis hardtail la. Frame bagi aku
jangan la berat sangat sebab akan ada masa kita kena angkat bike bila terjumpa
jalan yang halangan terlalu tinggi. Pedal pulak aku suka ganti dengan yang
bukan jenis plastik. Dah banyak dah tengok member bawak basikal pedal patah dan
aku jugak la yang tukang tukar pedal diorang. Sebab tu aku treasure pedal
aluminium ni walaupun dah scuffed teruk.
Bike accessory pulak.Aku prefer kuda
merah tu bare tanpa apa-apa tambahan so ringan sikit. But since dah bawak dia
ke kelas,singgah Food Court dengan ladang-ladang,aku decide untuk tambah bakul.
Mana tau tiba-tiba kena bawak balik tanah ke apa, tangan ni dah la kena pegang
handlebar. Member-member pun boleh tumpang letak nasi sebab aku kira jenis suka
balik bilik cepat lepas kelas.
Oh ya,kalau korang jenis suka parking kat tempat
public, jangan lupa beli lock. Kalau rasa diri tu senang tertinggal kunci, pilih
la yang jenis combination lock. Untuk budak-budak UPMKB, nak cakap something ni
lock basikal yang boleh beli kat Farley tu tak secure sangat sebab kunci dari
kunci basikal lain pun boleh bukak. Tried and tested in semester 4 bila member
mintak tolong bukak reban ayam sebelah sebab lupa bawak kunci.
![]() |
torchlight with a bike mount |
Bila semester 2 tu DKHP ada BAKSIS dengan ICT dan waktu
tu la baru aku tau kepentingan lampu. Aku ada satu habit ni,suka pecut bila
turun jalan bukit yang tepi kandang rusa tu. Kadang-kadang kesian ada orang
terkejut sebab aku berdesup je lalu sebelah diorang. So aku decide pasang torchlight
mount sebab aku dah ada torchight sendiri, lagipun torchlight boleh dicabut untuk
simpan/guna pergi kelas kalau gelap. Karang pasang bike light kena curi (dah kena
sekali waktu guna rear light LED dengan mount getah). Ada sorang member tu
install lampu macam aku ,tapi dia jenis tak simpan lampu tu setiap kali guna, so
by sem 5 aku tengok dah hilang. Aku pulak yang bengang haishhh. Loceng? Kalau
rasa perlu letak la, aku tak pasang sebab brek aku jenis yang berbunyi setiap
kali apply brake, dalam erti kata lain aku guna bunyi friction brek as loceng.
Jimat pfft.
Sampai sini je la post kali ni.Segala coretan atas tadi
tu hanya la berdasarkan preference dan pendapat aku,korang ikut je la cara
korang macam mana nak customize bike sendiri sebab setiap orang tak lalu pada
tempat yang sama.Dan kalau rasa bike tu sesuai untuk atas jalanraya je,jangan
pulak bawa gi bawak off-road sebab traction tayar tak sepadan dan susah grip
jalan.Yang jenis bike takde brek tu ha, fixie
bila pecut pandai la control sendiri ya nak brek.
Tak
pasti la sama ada kuda merah tu jenis MTB lama ke atau hanya sebuah basikal
biasa yg di-fitted dgn shifter, aku pulak suka bawak dia off-road selalu.