KEEP ON KEEPING ON!

Monday, 21 August 2017

Bicycle Anatomy and My Preferences

Bila dah excited bercerita pasal kisah basikal, kadang-kadang diri ini mungkin tersebut term yang korang tak faham. Shifter? Apa benda tu? Well, post kali ni nak bagi tunjuk ajar sikit tentang basic anatomy of a bicycle, so next time korang terbaca post pasal bike tak la terpinga-pinga sangat. Sambil-sambil tu nak jugak bercerita pasal bike preference aku hehe.


Gambar yang aku pilih ni ada komponen yang mungkin takde pada basikal yang takde shifter, jadi pandai-pandai lah ye tapis sendiri info kalau nak refer pada basikal korang.


Aku suka tengok jenis bike yang boleh tukar speed especially mountain bike (MTB),sebab dia boleh adapt pada jenis terrain yang kita nak lalu. Nak naik bukit dengan turun bukit setting shifternya berbeza supaya kayuhan tak terasa berat (naik bukit) dan terlebih kayuhan (turun bukit).Yang jenis tak reti setting shifter (sori tak berniat pun nak mengata) biasa akan penat kayuh dan ultimately abandon basikal diorang,kononnya kata naik basikal penat .

Dan yang bestnya dengan mountain bike ni kita boleh berkasar sikit (banyak), boleh bawak atas tanah lumpur,pasir, padang rumput yang tak sekata sebab tayar untuk MTB ni traction dia bagus grip pada surface yang tak rata. Pernah la jugak bawak “kuda merah” tu naik bukit ke ladang TPU 1 tempat ayam tu (slope dia steep gila weh,tu yang ramai member prefer naik motor time sem 4) dan dengan bangganya aku nak cakap, aku berjaya. Phew, achievement unlocked! Tapi sekali je la aku buat, next time tu aku tolak je bike naik atas. Penat.

rim brake vs disc brake

Lagi satu aku suka bike yang guna brake disc berbanding brek getah biasa (rim brake) sebab stopping power dia bagus . Tapi bila nak ganti tayar/tiub jenis ni kena precise sikit sebab tak nak damagekan brake. Brek getah tak kisah sangat sebab dia tak mencalarkan mana-mana parts. Bila nak brek menggunakan brek getah,kita kena estimate masa bila nak grip brake. Brek jenis ni dia lambat sikit act sebab dia stopkan pergerakan tayar ikut rim. Bila getah dah panas kena brek setiap kali guna, lama-lama brek pun ‘tak makan’ sangat, lagi-lagi bila musim hujan. Itu la lagi reason kenapa kena estimate waktu brek dengan hati-hati.

Bila nak dibandingkan dengan disc brake,brek jenis ni dia act cepat sebab dia guna hydraulic system, macam brek motor dengan kereta tu. Jam tu brek jam tu jugak la basikal stop. So dengan jenis ni kita tak perlu la brek sekuat hati sebab sikit je pressure diperlukan. Brek jenis ni amat disyorkan bagi yang jenis suka bawak dalam environment berlecak sebab rim senang kotor, so brek getah kurang efektif. Bukannya tak boleh guna brek getah tapi use at your own risk la. Setakat ni aku redah lumpur ikut jalan tikus antara padang basketball nak ke ladang TPU 2 dengan brek getah ok je, cuma kena rajin cuci rim.



            Bike preference seterusnya emm,aku suka guna thumb shifter je, yang jenis tolak atas bawah kalau nak shift. Banyak abandoned bike kat parking motor tu guna jenis ni, mungkin sebab model murah/lama kot. Jenis yang modern sikit yang macam jenis trigger shifter, ada lever untuk naik gear dan ada lever boleh tekan untuk turun gear. Ada lagi satu jenis shifter ni aku tak berapa minat, jenis pulas (grip shifter). Sekali je aku guna MTB jenis shifter ni terus tak nak pinjam lagi. Bagi aku pulas ni leceh sikit sebab tangan ko mesti ada grip yang bagus. Jenis tangan sentiasa berminyak lepas repair bike ni rasanya tak sesuai kot dengan shifter ni, takut tak boleh grip. Dan grip shifter tu rasa ketat, tangan aku tak kuat.

Nak cakap pasal frame ke? Kalau frame preference aku suka jenis yang aku senang langkah untuk mount/dismount. Kalau bahagian top tube tu tinggi sangat nanti senang jatuh sebab kaki tak lepas haha. Suspension pada frame aku suka pada fork depan je sebab tak selesa ada rear suspension. Ni maksudnya preference aku lebih kepada frame jenis hardtail la. Frame bagi aku jangan la berat sangat sebab akan ada masa kita kena angkat bike bila terjumpa jalan yang halangan terlalu tinggi. Pedal pulak aku suka ganti dengan yang bukan jenis plastik. Dah banyak dah tengok member bawak basikal pedal patah dan aku jugak la yang tukang tukar pedal diorang. Sebab tu aku treasure pedal aluminium ni walaupun dah scuffed teruk.

            Bike accessory pulak.Aku prefer kuda merah tu bare tanpa apa-apa tambahan so ringan sikit. But since dah bawak dia ke kelas,singgah Food Court dengan ladang-ladang,aku decide untuk tambah bakul. Mana tau tiba-tiba kena bawak balik tanah ke apa, tangan ni dah la kena pegang handlebar. Member-member pun boleh tumpang letak nasi sebab aku kira jenis suka balik bilik cepat lepas kelas.

Oh ya,kalau korang jenis suka parking kat tempat public, jangan lupa beli lock. Kalau rasa diri tu senang tertinggal kunci, pilih la yang jenis combination lock. Untuk budak-budak UPMKB, nak cakap something ni lock basikal yang boleh beli kat Farley tu tak secure sangat sebab kunci dari kunci basikal lain pun boleh bukak. Tried and tested in semester 4 bila member mintak tolong bukak reban ayam sebelah sebab lupa bawak kunci.

torchlight with a bike mount

Bila semester 2 tu DKHP ada BAKSIS dengan ICT dan waktu tu la baru aku tau kepentingan lampu. Aku ada satu habit ni,suka pecut bila turun jalan bukit yang tepi kandang rusa tu. Kadang-kadang kesian ada orang terkejut sebab aku berdesup je lalu sebelah diorang. So aku decide pasang torchlight mount sebab aku dah ada torchight sendiri, lagipun torchlight boleh dicabut untuk simpan/guna pergi kelas kalau gelap. Karang pasang bike light kena curi (dah kena sekali waktu guna rear light LED dengan mount getah). Ada sorang member tu install lampu macam aku ,tapi dia jenis tak simpan lampu tu setiap kali guna, so by sem 5 aku tengok dah hilang. Aku pulak yang bengang haishhh. Loceng? Kalau rasa perlu letak la, aku tak pasang sebab brek aku jenis yang berbunyi setiap kali apply brake, dalam erti kata lain aku guna bunyi friction brek as loceng. Jimat pfft.

Sampai sini je la post kali ni.Segala coretan atas tadi tu hanya la berdasarkan preference dan pendapat aku,korang ikut je la cara korang macam mana nak customize bike sendiri sebab setiap orang tak lalu pada tempat yang sama.Dan kalau rasa bike tu sesuai untuk atas jalanraya je,jangan pulak bawa gi bawak off-road sebab traction tayar tak sepadan dan susah grip jalan.Yang jenis bike takde brek tu ha, fixie bila pecut pandai la control sendiri ya nak brek.

Tak pasti la sama ada kuda merah tu jenis MTB lama ke atau hanya sebuah basikal biasa yg di-fitted dgn shifter, aku pulak suka bawak dia off-road selalu.

Tuesday, 8 August 2017

Basikal

Assalamualaikum,lama jugak ya tak update blog ni.Since then banyak benda yang dah terjadi so mesti la ada banyak cerita yang boleh dikongsi.

Emm semester 5 untuk diploma kesihatan haiwan dan peternakan (DKHP) ni kira semester terakhir la berada di bumi Bintulu ini (sem 6 kena pindah kat serdang untuk satu sem) dan waktu ni la semua manusia-manusia berkaitan nak mencipta kenangan bersama.Time-time ni kebanyakan dah ada kenderaan sendiri,motor la mostly so lagi senang la diorang nak keluar cari makan ke hapa.
'Kuda merah' kesayangan
Cerita pasal transport,ni la main transport aku sejak sem 2 waktu blaja kat UPMKB ni.Since takde orang yang bother nak guna basikal-basikal abandoned kat hujung parking motor tu,aku dan sekumpulan kawan lain decided untuk repair sikit,tukar tiub,cuci bersih-bersih lepas tu guna sendiri,boleh jugak bawak pegi kelas kalau-kalau terbangun lambat (dah check dah owner memang takde lagi).Petang-petang bila nak beriadah boleh la ajak kawan tadi ambik udara segar pusing-pusing  dari padang sampai ke ladang.

Asalnya tempat motor,tapi since basikal dah makin banyak...

Journey yang paling best bila kelas kat Pusat Islam-sebabnya jalan dari Blok I akan slope ke bawah dan lepas tu boleh la sekadar nak coasting sahaja ataupun pecut laju sikit nak ambik udara segar.Yang seksa sikit tu bila kelas kat bilik kuliah sebab jalan paling dekat kena naik bukit(maybe ni sebab orang tak nak biking ke kelas?), jalan yang jauh sikit lalu depan PI dan ke library.Berguna jugak dibuat bawak pergi Buku Hijau bila kena kat tempat-tempat jauh macam Hatcheri,ladang buah dengan hortikultur.Nak jalan boleh tapi lambat la sikit. Boleh kata rasa makin sihat la kalau musim rajin bawak basikal ni Yang bersyukurnya tu basikal ni nasib baik 18-speed so cukup la kuota buat naik bukit. Kena reti adjust shifter baru tak penat kaki berkayuh.

         Waktu aku sem 2 kat sini tak nampak ramai lagi yang biking tapi mungkin sejak geng-geng start biking ke kelas (?),benda ni dah jadi ikutan student yang bosan jalan kaki tapi tanak beli motor.Bila dah nak habis menuntut kat Bintulu ni la baru nampak segala macam mountain bike ngan road bike,nak cari parking untuk basikal tua ni pun susah.
Maintenance

So bila dah nak start kemas nak pindah ke UPM Serdang pulak (DKHP kena duduk kolej 17, bersama-sama student vet dengan medic),maka geng-geng pemilik basikal-repair-sendiri ni ni mula la mencari orang lain yang berminat nak basikal murah.Lepas tambah tolak kos repair dengan ganti spare part tu maka kitorang tolak la dengan harga yang reasonable.Dapat jugak basikal-basikal tu berjasa lagi daripada mereput macam dulu.

Then semester 6 dekat Serdang.Sini nampak lagi banyak basikal kat tempat parking basikal khas (wah!!!) since serdang ada jual basikal UPM sendiri,pilih la nak jenis lipat ke full-size. Yang jenis lipat tu boleh er,lipat dan boleh jimat space,bawak dalam kereta dan yang full-size tu guna disc brake .Cuma basikal UPM ni shifternya dekat tayar belakang je la,maybe nak murahkan kos.Dah testing basikal kat sini waktu sem 6 dan rasa shifternya agak kejung sikit,mungkin tak biasa dipakai kot.Rata-rata basikal dekat-dekat kafeteria kolej 17 ni berhabuk.SANGAT.Nampak la tak guna selalu tu.

Dekat main campus boleh la nampak student bawak kesana-kemari tapi setakat ni tak nampak kot student vet/medic pergi kuliah naik basikal.Ye la,time degree diorang semua dah ada motor dengan kereta,takkan nak berkayuh lagi.Jalan nak ke Fakulti Perubatan Veterinar pulak macam tak sesuai nak berkayuh  sebab terlalu banyak kereta on the way kesana.Silap-silap hari bulan karang orang kata buang tebiat pulak haha.Dekat sini biasanya orang jalan kaki je ke kelas,tak jauh sangat pun.Pergi MAEPS pun boleh jalan kaki.

Berkarat dah

Ha ini dia antara ‘artifak’ yang boleh dijumpai kat tempat parking FPV.Curious punya pasal,diri ini pun pergi la belek-belek tengok specs basikal tu.Tayar pun macam dah kempis sangat tu mesti dah kena abandoned lama. Sayang kan tengok benda yang patutnya boleh digunakan dibiarkan berkarat macam tu je. Rasanya bukan ni je bike yang abandoned sekitar kawasan ni.

Haha biarlah sampai sini je post pasal basikal,lebih-lebih nanti kesian bosan pulak. Aku akui suatu masa dulu waktu takde transport ke bilik kuliah memang gila basikal.Ni la yang bawak ke mana-mana dari kuliah ke Farley (untuk sorang member aku ni,Kampung Jepak!).Jadi untuk student UPMKB atau sesiapa je la yang terasa nak jimat kos pengangkutan tu, tak payah la nak segan-segan nak cari dan repair abandoned bike sendiri (jimat weh!) provided tuannya dah takde ataupun beli je baru. Sihatkan badan sambil menuntut ilmu kan bagus tu.

P.s-Dalam dua tiga hari lepas waktu tengok berita jam 8, basikal full-size dah boleh dibawa naik LRT ya bagi cycler-cycler sekalian dan diorang nak plan pula untuk MRT