KEEP ON KEEPING ON!

Tuesday, 8 August 2017

Basikal

Assalamualaikum,lama jugak ya tak update blog ni.Since then banyak benda yang dah terjadi so mesti la ada banyak cerita yang boleh dikongsi.

Emm semester 5 untuk diploma kesihatan haiwan dan peternakan (DKHP) ni kira semester terakhir la berada di bumi Bintulu ini (sem 6 kena pindah kat serdang untuk satu sem) dan waktu ni la semua manusia-manusia berkaitan nak mencipta kenangan bersama.Time-time ni kebanyakan dah ada kenderaan sendiri,motor la mostly so lagi senang la diorang nak keluar cari makan ke hapa.
'Kuda merah' kesayangan
Cerita pasal transport,ni la main transport aku sejak sem 2 waktu blaja kat UPMKB ni.Since takde orang yang bother nak guna basikal-basikal abandoned kat hujung parking motor tu,aku dan sekumpulan kawan lain decided untuk repair sikit,tukar tiub,cuci bersih-bersih lepas tu guna sendiri,boleh jugak bawak pegi kelas kalau-kalau terbangun lambat (dah check dah owner memang takde lagi).Petang-petang bila nak beriadah boleh la ajak kawan tadi ambik udara segar pusing-pusing  dari padang sampai ke ladang.

Asalnya tempat motor,tapi since basikal dah makin banyak...

Journey yang paling best bila kelas kat Pusat Islam-sebabnya jalan dari Blok I akan slope ke bawah dan lepas tu boleh la sekadar nak coasting sahaja ataupun pecut laju sikit nak ambik udara segar.Yang seksa sikit tu bila kelas kat bilik kuliah sebab jalan paling dekat kena naik bukit(maybe ni sebab orang tak nak biking ke kelas?), jalan yang jauh sikit lalu depan PI dan ke library.Berguna jugak dibuat bawak pergi Buku Hijau bila kena kat tempat-tempat jauh macam Hatcheri,ladang buah dengan hortikultur.Nak jalan boleh tapi lambat la sikit. Boleh kata rasa makin sihat la kalau musim rajin bawak basikal ni Yang bersyukurnya tu basikal ni nasib baik 18-speed so cukup la kuota buat naik bukit. Kena reti adjust shifter baru tak penat kaki berkayuh.

         Waktu aku sem 2 kat sini tak nampak ramai lagi yang biking tapi mungkin sejak geng-geng start biking ke kelas (?),benda ni dah jadi ikutan student yang bosan jalan kaki tapi tanak beli motor.Bila dah nak habis menuntut kat Bintulu ni la baru nampak segala macam mountain bike ngan road bike,nak cari parking untuk basikal tua ni pun susah.
Maintenance

So bila dah nak start kemas nak pindah ke UPM Serdang pulak (DKHP kena duduk kolej 17, bersama-sama student vet dengan medic),maka geng-geng pemilik basikal-repair-sendiri ni ni mula la mencari orang lain yang berminat nak basikal murah.Lepas tambah tolak kos repair dengan ganti spare part tu maka kitorang tolak la dengan harga yang reasonable.Dapat jugak basikal-basikal tu berjasa lagi daripada mereput macam dulu.

Then semester 6 dekat Serdang.Sini nampak lagi banyak basikal kat tempat parking basikal khas (wah!!!) since serdang ada jual basikal UPM sendiri,pilih la nak jenis lipat ke full-size. Yang jenis lipat tu boleh er,lipat dan boleh jimat space,bawak dalam kereta dan yang full-size tu guna disc brake .Cuma basikal UPM ni shifternya dekat tayar belakang je la,maybe nak murahkan kos.Dah testing basikal kat sini waktu sem 6 dan rasa shifternya agak kejung sikit,mungkin tak biasa dipakai kot.Rata-rata basikal dekat-dekat kafeteria kolej 17 ni berhabuk.SANGAT.Nampak la tak guna selalu tu.

Dekat main campus boleh la nampak student bawak kesana-kemari tapi setakat ni tak nampak kot student vet/medic pergi kuliah naik basikal.Ye la,time degree diorang semua dah ada motor dengan kereta,takkan nak berkayuh lagi.Jalan nak ke Fakulti Perubatan Veterinar pulak macam tak sesuai nak berkayuh  sebab terlalu banyak kereta on the way kesana.Silap-silap hari bulan karang orang kata buang tebiat pulak haha.Dekat sini biasanya orang jalan kaki je ke kelas,tak jauh sangat pun.Pergi MAEPS pun boleh jalan kaki.

Berkarat dah

Ha ini dia antara ‘artifak’ yang boleh dijumpai kat tempat parking FPV.Curious punya pasal,diri ini pun pergi la belek-belek tengok specs basikal tu.Tayar pun macam dah kempis sangat tu mesti dah kena abandoned lama. Sayang kan tengok benda yang patutnya boleh digunakan dibiarkan berkarat macam tu je. Rasanya bukan ni je bike yang abandoned sekitar kawasan ni.

Haha biarlah sampai sini je post pasal basikal,lebih-lebih nanti kesian bosan pulak. Aku akui suatu masa dulu waktu takde transport ke bilik kuliah memang gila basikal.Ni la yang bawak ke mana-mana dari kuliah ke Farley (untuk sorang member aku ni,Kampung Jepak!).Jadi untuk student UPMKB atau sesiapa je la yang terasa nak jimat kos pengangkutan tu, tak payah la nak segan-segan nak cari dan repair abandoned bike sendiri (jimat weh!) provided tuannya dah takde ataupun beli je baru. Sihatkan badan sambil menuntut ilmu kan bagus tu.

P.s-Dalam dua tiga hari lepas waktu tengok berita jam 8, basikal full-size dah boleh dibawa naik LRT ya bagi cycler-cycler sekalian dan diorang nak plan pula untuk MRT

1 comment:

  1. I'm not that big fan of a bike tapi you make it seems interesting haha.. dulu aku ada mountain bike tapi lama lah jugak tak guna ni.. bila kau cakap2 ni rasa macam nak baiki plak basikal lama aku tu boleh bawa gi jalan2 sekitar rumah aku ni ha kandang kuda dsbg.. nice post btw

    ReplyDelete